Pages

Wednesday

Apa itu Hard Disk(HDD) dan Solid State Drive (SSD) dan Kekurang dan Kelebihannya

Assalammualaikum....
dulu aku hanya belajar dalam politeknik hanya ada Hard disk Drive(HHD) terbahagi dua jenis.. SATA dan IDE dan teknologi semakin pantas dengan produk baru iaitu Solid State Drive (SSD) . Mesti korang tertanya apakah SSD dan HDD nih, mane satu yg lagi bagus dan berbaloi ?? apakah perbezaan diantara kedua-duanya.


Hard Disk Drive (HDD)

  Ok kita mulakan dengan HDD atau Hard Disk .Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956. HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200 RPM. Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang aku tahu adalah IDE dan Serial ATA/SATA.




        Bagi IDE pula, ia mempunyai 40 pin berbanding dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat. Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat. Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada SATA.


Perbezaan Antara IDE dan SATA

Solid State Drive (SSD)

           Seterusnya aku mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai SSD. Mungkin korang biasa dengan ‘term’ pendrive ataupun USB drive. Untuk pendrive, ianya menggunakan mikrocip untuk menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD ini adalah menyerupai pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya. Selalunya SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain ianya menggunakan non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan SSD akan kehilangan data secara tiba-tiba selepas bertahun, tetapi aku rasa ianya hanyalah mitos semata-mata. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh, SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data hingga ke 500MB/saat. Hingga ke hari ini, aku hanya mengetahui SSD mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan soket SATA.

ini bentuk SSD 
Kelebihan & Kekurangan HDD dan SDD
HDD (Hard Disk Drive)
SSD (Solid State Drive)
Penggunaan Kuasa
Menggunakan kuasa elektrik lebih tinggi. Jika hanya menggunakan bateri, ia akan mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri.
Penggunaan kuasa elektrik yang rendah. Dapat menjimatkan penggunaan kuasa bateri sehingga lebih 30 minit.
Harga
HDD bersaiz 3.5 inci lebih murah dari 2.5 inci.
Contoh : RM1 = 1GB
Lebih mahal jika dibandingkan dengan HDD.
Contoh : RM10 = 1GB
Kapasiti
Boleh didapati dari 320GB hingga ke 2TB.
Sukar mendapatkan kapasiti yang tinggi. 256GB adalah kapasiti paling tinggi untuk SSD bersaiz 2.5 inci
Jangka Masa Boot Windows 7
Secara purata selama 40 saat atau lebih.
Secara purata selama 30 saat atau kurang bergantung pada prestasi komputer.
Bunyi
Kadang-kadang ianya menghasilkan bunyi putaran.
Tiada bunyi yang dihasilkan.
Kadar Haba
Tidak menghasilkan haba yang tinggi. Tetapi ianya lebih tinggi berbanding SSD kerana mempunyai komponen yang berputar
Masih menghasilkan haba tetapi tidak terlalu tinggi.
Kadar Kegagalan
kadar kegagalan kira-kira 1.5 juta jam atau lebih
kadar kegagalan kira-kira 2.0 juta jam atau lebih
Kelajuan Read/Write
Dalam lingkungan dari 50 - 120MB/s
Selalunya melebihi 200 MB/s dan terdapat yang mempunyai kelajuan 500 MB/s atau lebih
Encryption
Full Disk Encryption (FDE) pada sesetengah model
Full Disk Encryption (FDE) pada sesetengah model
Kelajuan Membuka/Membaca Fail
Perlahan daripada SSD
Sehingga 30% lebih cepat daripada HDD
Terjejas Dengan Magnet
Magnet boleh memadam data
Selamat dari sebarang magnet
Permintaan Dipasaran
Mudah didapati dan terdapat pelbagai pilihan
Sukar untuk didapati. Mungkin lebih mahal dari biasa.

p/s: aku harap korang dapat bezakan HDD dan SSD dan tak mo dah pening-pening apa tu SSD dan HDD :)


Sumber: