Pages

Saturday

movie review : Oculus

 
ok kali nie aku nak buat review pasal movie Oculus..
ok cerita ini mengkisahkan seorang kakak yang cuba untuk membuktikan bahawa adiknya yang didapati bersalah kerana membunuh ayahnya, bahawa jenayah adiknya itu telah dilakukan oleh fenomena ghaib....

ok jom tengok Trailer :




bagi pendapat aku movie nie plot jalan cerita yang agak memeningkan dan perjalanan cerita yang agak slow.. ada unsur seram sedikit dan pengakhirannya agak tergantung.... so kalau bg lima bintang aku akan bagi 2 setengah bintang... nak tahu...  moh le tgk cerita nie ok...
~sekian~

Thursday

YB karpal Singh Maut Nahas Jalan Raya

kemalagan maut di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung lebih kurang awal pagi td.  Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori lima tan 

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.
Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama  
sinar harian

gambar tambahan(Info dari rakan Whatsapps):






How To Survive Animal Attacks

PENIPUAN KAD KREDIT/KAD DEBIT

ASSALAMMUALAIKUM


        SCAM ALERT: Mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit. Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa.
Modus Operansi:
1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani.

2. Sindiket memberitahu mangsa bahawa mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti.

3. Untuk menerima tawaran tersebut, mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad.

4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan.

5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi, sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat.

6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila tawaran yang dijanjikan tidak kunjung tiba dan mendapati terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank.




Nasihat polis
1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan.
2. Segera menghubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.
3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada orang yang tidak dikenali.
3. Hanya berurusan menerusi laman yang diperakui selamat.
4. Kemaskini maklumat terbaru berkenaan nombor telefon dan alamat terkini untuk memudahkan pihak bank menghubungi sekiranya berlaku transaksi yang luar biasa.


SUMBER