Pages

Monday

Wanita..... Dimanakah Cantiknya seseorang wanita...

assalammualaikum...
aku masih didalam mood yg sama pada post yg kat bwh tu..
aku nk kongsikan pasal "Dimanakah Cantiknya seorang Wanita??"
semoga dapat memberikan motivasi kepada wanita diluar sana......
moh kte Layan ^^

Dimana cantiknya seorang wanita Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

nota berkaki"maaf jika kalau ada bahasa yg kurang difahami... "

sumber : iluvislam.com http://www.syok.org



<<<<<<Tammat>>>>>

Petanda Jatuh Cinta…


assalammualaikum....
maaf kerana dah lama ta Update....
skung ak dalam minggu final exam....
tapikan tapikan.... dalam mod2 final nie... 
ak pulak dalam mood "mencari chenta2!!"hehehe....
ha nie berikot tips2 Pentanda Anda Jatuh Chenta
Layan2.....

Petanda Jatuh Cinta…
1. Kamu berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam dan baru saja beberapa minit selepas kamu putuskan talian kamu sudah mula merinduinya…

2. Kamu membaca SMS si dia berulang-ulang kali…seolah-olah masih ada ayat-ayat yang tersembuyi dari pandangan mu :-)

3. Bila bersama dengan si dia kamu berjalan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat tujuan…ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.

4. Kamu menjadi seorang yang terlalu pemalu bila bersama dengan si dia. Malu-malu kucing gitu…

5. Bila kamu memikirkan si dia hati mu sentiasa berdebar-debar dan jantung mu berdegup dengan laju…mengalahkan kereta F1 gitu…

6. Kamu tersenyum lebar bila kamu mendengar suara si dia…mungkin lewat telefon atau walaupun di sebalik tembok…mana tau sekolah si dia berjiran dengan sekolah kamu :-D

7. Ketika kamu melihat dia tiada wajah lain lagi yang kamu lihat di sekeliling mu…hanya dia dia dan dia…iskk kronik sudah ni…..

8. Kamu mula melayan lagu-lagu sentimental sambil membayangkan wajah si dia…Lagu Ayat-ayat Cinta pun di layan eh…

9. Kamu hanya memikirkan tentang dia saja…siang malam…jangan lupa makan minum tidur dah la yer…

10. Haruman badannya sangat terkesan kepada kamu…seolah-olah di mana saja kamu pergi bau itu menemani kamu membuat kamu semakin merindui dia…

11. Kamu sedar yang kamu tiba-tiba tersenyum lebar bila saja wajahnya bermain dibenak mu…

12. Kamu sanggup lakukan apa saja untuk si dia…ehemm…ingat jangan sampai menyalahi hukum agama okay…

13. Ketika kamu membaca post ini…hanya wajah dia saja yang bermain di benak mu…hah dia la orangnya yang kamu cinta tu

<<<<<<<<<<<TAMMAT>>>>>>>>


http://www.syok.org

Jenis-Jenis Lelaki Mengikut Bintang


assalammualaikum...

maaf la kerana da lama ta update sbb ak bz dengan assingment n quiz n test yg mengangu hidup ak.... perh nie pown nie masih lg ada assingment network ,database dan discrate math
yang masih menghantui ak.... 
ok lah lupakan masalah aku nie just layan post kali nie lak..
post nie berkaitan pasal jenis lelaki mengikut bintang dan tips untuk memikat.. 
ak harap para pembaca leh dapat sedikit info dari post kali nie.... ok JOM LAYAN!!!!

jenis lelaki mengikut Bintang
Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
(boleh la....)
Tips utk memikat: Bagus utk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yg sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yg bagus punya
WARNING: Jika anda betol anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jgn lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak
dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: penyayang, warm hearted, tidak kedekut
bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan org yg disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorg yg ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang2 je ego). Pandai berkata2.
Tips utk memikat: sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yg selembut-lembut nya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.
WARNING: Jgn.. saya ulangi.. JGN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan org lain..
mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.

Virgo (24 Ogos - 23 September)
Orang nya: pemalu, tak pandai mengawal emosi,
ceng'eng. Suka mencari perhatian dari perempuan.
Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yg pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jgn banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah
pandai menyerlahkan nilai2 kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)
WARNING: Bila pergi dating, jgn pakai yg ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama
dia.

Libra ( 24 September - 23 Oktober)
Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when
comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself
WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jgn lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang
ingat diorang nie semua hensem


Scorpio ( 24 Oktober - 23 November)
Orang nya: action serius, mudah cemburu, mood swing..
Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dgn dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dgn org lain.
WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio...(jgn kata aku tak kasi warning)

Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)
Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik
nya..(berhati-hati ya)
Tips utk memikat: Jgn pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.
WARNING: TOLONG Jgn terpedaya dgn kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...

Sagitarius ( 23 November - 21 December)
Orang nya: Fu.. yoh.. siapa dpt memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan2.. sort of adventurous
Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? anything asal kan jgn membosan kan...
WARNING: Jgn "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.

Capricon ( 22 December - 20 Januari)
Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala,
pendek kata Capricon seorg yg sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda
Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jgn give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal
WARNING: Macam layang2 putus tali.. jual mahal.. mahal jugak sis.. jgn mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...


Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)
Orang Nya: Pijak semut tak mati..(mcm sapo aaaa kat misc
nie) .Suka yg cantik dan menarik perhatian.
Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dgn u
WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dgn org.. so sbelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu
(sob2 lupa la nak ambik link yg ak ambik nie...)

nota berkaki:"yg nie just nak bagi info saja jangn terlalu taksub dengan pekara mcm nie..... ingt tu.... percaya pd qada'dan qadar  rukun iman tu.... tp yg penting aku LEO so da tpis2 dy kan nnt jgn lupa lak ngorat la ak nie ek hehehehehe..." 

Friday

10 Ciri Lelaki Idaman Wanita

Assalammualaikum.....
  
 setelah lama ak ta berblog walking tetiba aku terjumpa pasal entry nie.....  
10 Ciri Lelaki Idaman Wanita
huhu.... aku ada kot tergolong dalam ciri2 dibawah nie???
moh kte LAYAN!!!!!!! ^^

1. Lelaki Yang Prihatin -

Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje… dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni DJ baru thr dot fm…. kesalahan sendiri tak perasan..


2. Lelaki Yang Menjadi Penawar -
 

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.


3. Lelaki Yang Memberi Kebebasan Sewajarnya -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tauke kedai tu…. lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.


4. Lelaki Yang Berhati-Hati -


Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!


5. Lelaki Yang Wangi -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.


6. Lelaki Yang Pemurah -


Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.


7. Lelaki Yang Tidak Kisah -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat sama ada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!


8. Lelaki Yang Memberi Sokongan Padu -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. sokongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!


9. Lelaki Yang Cintakan Kedamaian -


Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..


10. Lelaki Yang Menyerahkan Kuasa Veto nya -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka

                  
Credit TO: http://www.tengkunizam.com         



bernota kaki" hoho..... aku rase la kan aku ada ciri2 lelaki idaman wanita kowt.... 
eh terperasan lak aku nie.... ^^ 
apa-apa pun doakan ak esok ada presentation OOP
berjalan dengan lancar..... ok...?? 
SELAMAT!!!!!"




~~ TAMMAT~~