kali nie Enfix nak kongsi pasal TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM. so harap perkongsian nie dapat meningatkan kta tentang kematian.... ffuuuzzzzzzz......
TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
Sesungguhnya
tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma
amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara
langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir
hayat baginda.
Imam
Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau
mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara
bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan
termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian
tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam
Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun
riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam
perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda
ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu
orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda
sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.
Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini
adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran
seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru
disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah
tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut
dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan
kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan
masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis
nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda
ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera utnuk makan.
Tanda 3 hari
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.
Ketika
itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika
kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan
disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan
kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan
berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah
menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
Penutup
Sesungguhnya
marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah swt semoga kita adalah
diantara orang-orang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran
untuk peka terhadap tanda mati ini semoga kita akan membuat persiapan
terakhir dalam usaha memohon keampunan sama ada dari Allah swt mahupun
dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang-piutang kita.
Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah swt Yang Maha Berkuasa lagi Pemurah dan Maha
Mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia
masih boleh diubah dengan amalan doa dari kita sendiri ataupun dari doa
dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah swt semata-mata.
Oleh
itu, marilah bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi
hidayah dan petunjuk oleh Allah swt serta kelapangan masa dan kesihatan
tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan
Allah swt sama ada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik datangnya dari Allah swt dan apa yang silap dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.
Yang benar
Enfix90
"ilmu itu jangan kedekut untuk dikongsi ^^"
Enfix90
"ilmu itu jangan kedekut untuk dikongsi ^^"
No comments:
Post a Comment